Thursday, October 8, 2009

Kek Coklat....Aysha

Masa birthday Aysha semalam ada buat kek coklat resepi dr Kak Milisha...layan gambar ..nak resepi scroll ke bawah yer....

Macam hal yg terjadi masa nak buat kek ni...tengah pecahkn telur,terkena telur tembelang,nasib la aku pecahkn sebijik2 dlm mangkuk kecil...kalau tk,tk ada kek bday la jwbnya..busuk yg amat....melakt kat tangan..eeee....telur yg ada ngam2 je...mula2 ingat nk deco b/krim...blh melukis..tengok krimwell dh menopos la pulak..punyer lama sgt simpan...dh tk jadi..nasib ada coklat mskn beli sblm raya masa nk buat biskut raya,ada belance lagi...so deco ngan coklat la....coklat rice pun tinggal sejemput je...lilin pun habis tinggal no 6 je...lantak la..janji ada lilin...

tapi rasa kek ni sgt la sedap kata meke yg makan..aku tk makan,tak lalu la....rasa cikit je...


Ni la hasil deco...tk cukup bhn sebenarnye...



rupa kek dah masak..pecah 4...ada yg tk kena ni...


apa2 pun rasenyer...mabeless....yummy


Birthday girl ngan adiknyer...Aziq..
Tak ada upacara besar..just potong kek je..baru balik sekolah ni...ngan baju sukan lagi tu..dah tak sabar nak potong kek...potong jgn tk potong...Hadiah blm dpt...janji abah nk kasi basikal...tunggu je la kakak yer...abah pun jgn buat2 lupa lak..hehehe...
Ni la resepinye...tq kpd tuan punyer resepi yg sedap nih...
Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur
Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate
Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional
TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter
Cara-cara:
1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darj bergantung pada oven masing-masing.
4.Sejukkn kek dan siram ngan topping / deco ngan b/cream pun blh.

Wednesday, October 7, 2009

Hepi birthday Aysha...

Hari ni genap la umur puteriku ini 8 tahun....


Sekejap je masa berlalu rasanyer...dah 8 tahun Aysha ni....Hari ni teringat peristiwa masa nak melahirkn Aysha kat Hospital Besar Kuala Terengganu 8 thn lalu.Aysha dilahirkn secara pembedahan sebab dia dah berak dlm perut...kalau lambat dikeluarkan,takut lemas..so aku dibedah la.

Menjaga dan membesarkan Aysha setakat ini adalah amat senang...tak byk karenah sejak dilahirkan..Nakal biasa la kanak2...

Harapan ibu agar Aysha menjadi seorang anak yg solehah,dan berjaya hendak Nya dunia dan akhirat...amin...





Selamat Hari Lahir ...sayang..mmuuaahhh...




My soul....

Tuesday, October 6, 2009

Inilah dia si hijau manis....

Inilah rupa kuih bakar yg dibakar tengah malam..gambar ni hubby yg ambik pukul 2 pagi katanya.Dia org pertama yg makan.....dia juga yg potong,ambik gambar....resepi ni bagi saya secukup rasa lah...tekstur pun cantik...kalau bakar garing sikit lagi best,bijan kasi ranggup sikit...saya bakar kurang garing,sebab dah ngantuk..tak thn wei nk tunggu.....resepinyer entri sebelum ni yer....


Sunday, October 4, 2009

Mencuba resepi kuih bakar

Rasa nak makan kuih bakar malam tadi.....pernah cuba beberapa resepi sebelum ni.Tapi rasa nak cuba resepi lain pulalah.Apalagi mgooggle la saya mlm tadi.Jumpa la resepi kat bawah ni....pastu tong tang tong tang kat dapur..jadi la kuih bakar..siap masak dalm pukul 1.30 pagi.....hehehe...sambil tunggu kuih masak main game kat facebook....mgooggle ntah apa2 ntah,sampai kepala naik pening da....

Dah masak kuih tu,en hubby turun (dia kat bilik myiapkan thesis) cari makanan...tengok ada kuih...dia komplen..asal kuih ni lembik jer..dah kuih tu baru masak,masih panas,lembik la lagi...saya pun pi la tido..tak lama pahtu dengar klentang klentung kat dapur...rupa2nyer..en hubby duk memotong kuih bakarku tadi....masa pagi tadi...tengok kuih dah dipotong...tanya en hubby...sedapke?sedap katanyer..sambung makan lagi pagi tadi..ada tinggal dua ketui lagi nih..masuk dlm icebox la..tak larat nk abiskan..esok la sambung...

Resepi ni diambik dr myresepi....senang dan sedap rasanye...bagi yg nak cuba bolehlah cuba...tak rugi....kompem sedap .....resepi asal dr joayee@myresipi.com


Bahan-bahan :
1 cup gula
1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan (atau 1 cwn santan-450ml )
2 tbs butter (saya cairkn)
3 biji telur
1/2 tsp garam
colour hijau
bijan

Cara-cara :

campurkan semua bahan. blend sampai sebati. kalu nak tapis pun boleh.
masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

Boleh disesuai/modipai ikut kreativiti masing2...tak suka manis kurangkan gula...Gambar nanti lain kali saya tepek yer....

Selamat mencuba....

Thursday, October 1, 2009

Gambar raya 2009

Tak puas hati la raya tahun ni dok bulih bergambar sakan....huhuhu...kamera tertinggal ngan purse sekali...nasib baik dok jadi apa2...ic takdok tu...

Gambar kat bawah ni ehsan dari adikku...thanks sis...gambar kami je..masa pagi raya selepas sembahyang raya...adik beradik lain belum sampai...

Gambar hphone yg agak blur nih...






Tema purple tahun ni...





Ziyad...



Haziq...





Aysha...


Monday, September 28, 2009

Sekadar buat renungan...

KEBANGKITAN DARI KUBUR

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?. Maka jawabnya Rasulullah saw Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukan Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru , wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula kumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orangyang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap JibrailA.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh org mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W :

"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
(Dipetik dr laman angelfire.com)

Macam real je...

Jom cuci mata tengok gambar2 ni...kreatif betul kan...






















Friday, September 11, 2009

selamat hari raya...




Hari raya tak lama lagi,mesti semua sibuk buat persiapan disaat2 terakhir ni....Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kpd semua yang sudi berkunjung ke blog saya...berhati2 dijalanraya semasa nak balik kampung nanti....

Wednesday, September 9, 2009

Mutiara...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.


Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Tuesday, September 1, 2009

H1N1...anda percaya?

Saya dpt ni dari beberapa org melalui email...sekadar utk berkongsi dgn pengunjung blog saja.Hendak percaya atau tidak terpulang kpd anda sendiri....sekadar berkongsi info...saya pun tak pasti betul atau tidak....anda bagaimana?sila baca....bagi komen dan pendapat...

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO TO YOU AND YOUR FRIENDS. MY FRIEND PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1. SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB…

My staff was crying herself sick on Tuesday morning…was told that her son was confirmed of H1N1 in his University at Kangar, Perlis. ..worse was that when he was bedridden 2 days. The warden didn’t even bother to sent him to hospital till his dad came from KL and with his friends assistance brought him to Hoapital Kangar.
No one bother in the hospital and he was put the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected). After 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish, he was put in quarantined room.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town “help cure” another H1N1 child in Shah Alam… and was told this simple prescription by him…of course must REDHA n SALAWAT 3 times…EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE.

For those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and your symptoms are gone…I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip.

ALHAMDULILLAH, my staffs son was given the apple juice for the whole day on Monday toTuesday and with Allah willing he was out of the fever after 4 days.

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well. INSYA’ALLAH!!! No harm in trying and with the God willing anything can happen!!!

Other info…
My friend just coming back from Thailand...Temelang Island and Ban Tun. What she want to share is how the people at the island treat medically of H1N1….
They take coconut water with tates and put into the bowl. Leave it with 1 or 2 hours. After that drink it and eat with the tates too…insyaAllah..