Wednesday, April 8, 2009

Test Resepi Mufin


Inilah rupa mufin kat bahagian dalam nyer...



Rasa coklat lebih dr pisang...

Muffin Coklat Pisang

Sumber:yani@myresepi.com

Bahan-bahan :

  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan

  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut / coklat cip secukupnya (optional)


Cara-cara:


Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati.

Masukkan pisang yg telah dilecek ke dalam mangkuk.

Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau.

Kemudian masukkan pula telur yang telah dipukul,tak perlu sampai kembang. Kacau biar sebati.

Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.

Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.

Letakkan walnut di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.


Selamat mencuba yer...





Thursday, April 2, 2009

Resepi Chocolate Moist Cake

Hi...saya nak berkongsi resepi choc moist cake versi lain lak,sebelum ni dah ada satu resepi.Kepada anda yang suka mencuba resepi baru dan belum lagi mencuba resepi ni,silalah cuba yer.Thanks to kak Misliha yg sudi berkongsi resepi ni..mintak halal kak.


CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Kak Misliha

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur

Diayak :
250gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Cara-cara:

1. Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang, masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste.
3. Bakar pada suhu 170 darjah, selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 darjah bergantung pada oven masing-masing.



Wednesday, March 25, 2009

Puding Coklat

Sebenarnyer dah lama buat puding,gambar lama bersarang dlm camera,baru ni dia dikeluarkan ke dlm komputer.Puding ni resepi asal adlah hakcipta terpelihara junjs11@myresipi.com.


Gambar berlainan kaler ni saya pun tak tahu kenapa..tak kena setting la tu..


(Saya copy/paste resepi)

RICH CHOC PUDDING

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.



Sedap gak puding ni,kepada yang sukakan rasa coklat tu,sesuai sangat la cuba resepi ni...memang sedap.


Cuti2 kat Tasik Perdana

Aktiviti hujung minggu lepas,berlangsung meriah kat Taman Tasik Perdana...hi hi hi Layan je ok... Saje abahnye bawak jalan2 sebab kena pi outstation 2 minggu ke Sabah...2 minggu tak dpt keluar....boringnye..


Syoknye dapat naik bot walaupun takut2..

kenapa la mulut adik ternganga tu?

duduk la pulak..

Kakak kelihatan mcm sakit belakang je,angah syok menikmati pemandangan..

Apa punyer gaya daa..


Pegang aper tu...nak terkencing ke..

Dok tilik tiket tu,cukup ke?

Kita makan dulu..kuih seri muka memang kegemaran dia la tu.

Tengok aper anak-anak?

Posing lagi..lepas ni sambung main lagi..

Angah ngan lifejacket..

Angah dipaksa bergambar lagi...

Errr...apa2 aje la...

Aziq tenggelam dlm lifejacket...kecian..

Suka yer naik bot...

Angah dipaksa berganbar oleh abahnyer...

Aziq n Abah kat atas sampan...



Sempat gak posing kat atas bas ke ni?err...apa2 aje la...

Buat muka la tu...