Wednesday, September 3, 2008

TIP UNTUK KEBAHAGIAAN

Elak Berkongsi Masalah Peribadi dengan Orang Lain


Perasaan simpati apabila mendengar masalah orang lain adalah satu perkara yang sangat mulia. Namun ia perlu difahami dengan wajar dan tidak didorong oleh pemikiran dan perasaan yang hanya akan merosakkan diri dan orang lain.Berikut adalah tip untuk mengenalpasti perbezaan antara perasaan simpati yang membawa kebaikan atau keburukan.
  1. Perasaan simpati dengan permasalahan yang dihadapi oleh orang lain adalah satu anugerah dari TUHAN kepada manusia. Apabila ia dirasai kerana belas kasihan akan mendorong manusia untuk memberikan apa jua bentuk pertolongan.

  2. Kefahaman tentang permasalahan yang dihadapi oleh orang lain akan membuatkan seseorang mudah berkongsi permasalahan tersebut dan rela melakukan apa saja untuk kebaikkan bersama.
  3. Namun persaan simpati dan merasai apa yang dialami oleh orang lain memerlukannya untuk lebih rasional dan wajar dalam memberikan bantuan yang deperlukan dan bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi.
  4. Sekiranya perasaan simpati kepada permasalahan yang dihadapi orang lain boleh membawa kepada sesuatu yang memudaratkan ia pelu dielakkan agar tidak akan merosakkan perhubungan yang sedia ada.
  5. Individu yang terlibat dengan perasaan simpati perlu menyedari bahawa persaan itu bukan untuk diambil kesempatan demi kepentingan yang bersifat peribadi sehingga melupakan tanggungjawab yang sepatutnya.
  6. Seandainya anda menyedari perasaan itu mulai tersasar dari landasan yang asal dan membawa kepada kelalaian terhadap diri dan orang lain,maka jangan biarkan diri anda terikat dengannya sehingga membebankan akhirnya.

  7. Bantulah sekadar yang perlu dan kawallah diri anda supaya tidak keterlaluan dalam menghulurkan bantuan sehingga lupa kepada niat asal pertolongan itu dilakukan.(artikel dipetik drpd Majalah Harmoni ogos 2008)

Hendak diingatkan juga,seboleh-bolehnya jangan berkongsi masalah peribadi dengan orang yang berlainan jantina.Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku,dari rasa simpati timbul pulak rasa sayang,lepas tu ada yang akan melayang...renung-renungkan.



No comments: