part 1
part 2
Selamat mencuba...eh,macam masakan pulak.
Coretan di waktu lapang,berkongsi kisah dan cerita...
I am a |
Baking Tips
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk.Lapkan kering-kering.
2. Lembutkan Mentega
Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.
4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empat
segi dll.
5. Gris tin pembakar
Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau marjerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untuk
menyapunya.
6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.
7. Tepung yang sesuai
Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda.Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.
8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.
9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.
10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untuk elakkan buah terkeluar.
11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium,
masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.
Sumber:resepinoraini.blogspot.com
Petua Membuat Kek
Kualiti membuat kek bergantung kepada teknik pembuat kek.
Walaupun bahan-bahan yang digunakan sama tetapi teknik yang berbeza memberikan hasil yang berbeza juga.Ada beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan mengapa kek yang anda buat tidak segebu di kedai kek.
Kek kering
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan sehingga udara terperangkap terlalu banyak dan kek menjadi kering.
• Suhu oven yang kurang panas sehingga kek harus berada di dalam oven terlalu lama.Panaskan dahulu oven pada suhu yang diinginkan sekurang-kurangnya 15-20 minit sebelum kek dibakar, kemudian barulah masukkan kek.
Kek retak atau pecah
• Suhu oven yang terlalu panas.
• Kek diletakkan di rak paling atas oven yang membuat permukaan kek terlalu panas.Letakkan kek di rak bahagian tengah sehingga mendapat oven yang merata.
• Loyang yang dipakai terlalu kecil hingga isi loyang menjadi terlalu penuh
Kek bantat
• Bahan cair yang digunakan lebih banyak dari bahan kering sehingga adunan menjadi terlalu lembik.
• Jumlah bahan pengembang seperti serbuk penaik dan bikarbonat yang digunakan tidak sesuai.Akibatnya kek tidak dapat mengembang sewaktu dibakar.
• Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega tidak sebati hingga berwarna putih.Bahan-bahan lain dimasukkan sebelum waktunya.
• Cara mengacau adunan salah atau berlebihan semasa memasukkan tepung.Lakukan pengacauan dengan senduk kayu secara searah dan tidak terlalu lama.Jika memakai mixer,pasang dengan kelajuan rendah sambil kacau sehala.
Kek turun dibahagian tengah
• Dikacau berlebihan sehingga menyebabkan adunan terlalu halus dan menghancurkan udara yang telah terperangkap di dalamnya.
• Penambahan bahan pengembang yang berlebihan.
• Suhu oven yang tidak tepat,kurang panas atau terlalu panas.
• Kek kurang masak.Caranya ialah dengan menusuk lidi di bahagian tengah kek,jika adunan tersebut tidak melekat di lidi,kek sudah masak.Boleh juga dengan cara menekan hujung jari ditengah-tengah kek.Kek yang cukup masak akan naik semula seperti mana anda menekan span.
(Sumber:Internet)
No comments:
Post a Comment