maaf la yob masih dlm kuali nih...
SAMBAL TELUR SIMPLE
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih 4 sudu makan cili boh/cili kering
2 sudu makan sos tomato
1 biji cili merah
1 biji lobak merah
Garam,gula secukup rasa
Minyak masak
Sedikit air
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak.Goreng telur sebiji sebiji,mcm goreng telur mata tu.Ketepikan.
2. Gunakan minyak yg sama,tumiskan bawang besar dan bawang putih hinnga wangi.
3. Masukkan cili boh/kering,tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.Kacau sebati.
5. Masukkan sos tomato dan tambahkn air jika perlu.
6. Akhir sekali mskkn lobak merah dan cili,kalau suka boleh juga letak bawang besar yg dipotong.
7. Dah masak tuang sos atas telur yg telah digoreng tadi.Jika suka masukkn sekali dlm kuali pun boleh.
8. Sesuaikan rasa ikut selera sendiri.Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment