Tuesday, February 3, 2009

PUDING AGAR-AGAR MABLE PELANGI

Bahan2nya:

2 bungkus serbuk agar2

1350ml air

450gm gula pasir

130gm mentega

8 biji telur bersaiz sederhana

1 tin susu cair Carnation Capa-apa brand pun boleh)

2 sudu makan custard

2 sudu makan serbuk koko

1 sudu teh vanilla

pewarna merah dan kuning secukupnya.. Capa-apa warna pun boleh..terpulang)


Caranya:

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...kalau nak tebal guna loyang lebih kecil .

Sengetkan loyang sedikit dengan meninggikan salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan satu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Nota : Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...



Cara mencorak agar-agar :

(1) Sendengkan loyang dulu...
(2) Curahkan lapisan 1
(3) Curahkan lapisan ke2 pula..
(4) Curahkan lapisan ke3 pula..
(5) Dan akhir sekali lapisan ke4
(6) Lapisan dah siap...dan letakkan perlahan2 kepada kedudukan asal
(7) Selepas dikeluarkan dari loyang
(8) Sudah dipotong dan bulehlah dimakan

Sumber : Internet

No comments: