Tuesday, January 13, 2009

Kueh Cakoi

Lama dah cari resepi cakoi ni,nak try buat gak.Apa-apa pun saya tempekkan saja kat blog dulu utk tontonan dan rujukan semua yg nak cuba.Resepi ni dicedok dr shw.umi-kal.fotopages.com ,harap tuan punye resepi tak marah la kita kongsi resepi ni.Dapat gak pahala kat tuan punye resepi ye tak?




CAKOI


Bahan - bahan :

400 g tepung ~ diayak

1 cawan air

1 sudu besar majerin ~ dicairkan

1 sudu kecil garam

3 sudu besar gula

1 sudu besar susu pekat manis

1 kuning telur

2 sudu kecil yis segera

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

minyak untuk menggoreng


CARA-CARANYA :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.





Kek Coklat

Ada terjumpa resepi kek coklat dalam majalah Mingguan Wanita (Edisi Hari Raya) thn2008,tapi tak ada gambar so cari punya cari jumpa la gambar di bawah ni.Gambar sekadar hiasan sahaja,tak ada kena mengena dgn resepi sebenar....jangan marah yer...





Resepi Kek Coklat



Bahan-bahan :
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 5 biji telur - Grade A
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko

Cara membuat :

  1. Mula-mula pukul marjerin hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul rata.
  3. Tambahkan esen vanila dan susu pekat.
  4. Diikuti dgn tepung yg sudah diayak bersama serbuk penaik.Gaul rata.
  5. Masukkan serbuk koko dan gaul hingga sebati.
  6. Bakar pada suhu 150 /170 darjah (ikut oven masing-masing).
Tips : Pastikan loyang sudah di lenser dgn sedikit marjerin dan letakkan kertas kek dibawah loyang agar kek mudah untuk dikeluarkan setelah ia masak.
Bakar kek tiga suku masaksebelum ditaburkan dgn coklat urai di atas permukaan kek.(ini pilihan sahaja)
.


Selamat mencuba,kalau dah cuba bagilah komen....boleh kita kongsi sama-sama.


Monday, January 12, 2009

Menghias Kek

Akhirnya berjaya juga aku pi kursus menghias kek dgn Chef Noraini.Bertambah minat pulak aku dgn dunia masakan ni.Apa-apa pun aku nak cari ilmu sebanyak mungkin,pastu baru aku buat perancangan seterusnya bagaimana nak kembangankan lagi ilmu ni....InsyaAllah.

Kursus ni dihadiri 20 org peserta,enjoy sangat,byk ilmu dan pengetahuan yg aku tak pernah tahu pasal menghias kek ni,tlh diajar oleh chef Noraini.Tak sabar nak praktis,tak tak ada peralatan lagi..hu hu hu...Tak tahu nak pi beli bila...

Kat bawah ni ada gambar kek ajer la...




Kek black Forest..dihias oleh Chef sendiri..pastu dipotong utk kami semua merasanya..best giler...


Ni kek span vanila...1kg tak sampai, lebih500gm la.Aku hias sendiri.Tak cantik...tangan masih keras..tunggu la nanti bila dah praktis aku ku tunjuk kat blog...wa wa wa..bila la tu...asap..



Ni la rupa kek bila dah dipotong...rasanya sedaaappp...bukan aku yg cakap,anak-anak and hubby yang cakap.2 hari je kek ni dihabiskan (utk 3 org makan).

Friday, January 9, 2009

Resepi Kuih Mueh

Resepi ni saya dah cuba,menjadi dan sangat sedap.Anak2 suka makan.Kepada sapa-sapa yg tengah mencari resepi kuih lapis saya rekemen cubalah resepi ni.Resepi saya ceduk drpd blog kak ani (rujuk paparan sebelum).Gambar tak ada,nanti kalau saya buat kuih lapis ni lagi saya akan tempek gambarnyer kat sini...bila la tu gamaknyer....


KUIH LAPIS

Bahan-bahan :

2 cawan tepung beras

1 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung ubikayu

1 cawan gula pasir

600 ml santan pekat

800 ml air

sedikit garam

1 sudu teh esen ros

sedikit pewarna merah dan hijau

Cara Membuatnya :

1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, gula, garam, santan dan air dalam sebuah mangkuk.Gaul hingga adunan sebati.Tapiskan untuk membuang gentel tepung.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Warnakan merah dan hijau.

3. Panaskan loyang dalam pengukus. Tuangkan dua senduk adunan hijau dalam loyang.Tutup periuk kukus dan kukus 10 minit.

4. Tuangkan pula adunan merah dan kukus 10 minit. Buatlah cara yang sama hingga adunan habis. Lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.

5. Apabila kuih telah masak, angkat dan sejukkan.






Resepi Ikan

Resipi menu sihat ni sesuai utk yg berdiet ke, dlm pantang ke,sesiapa pun boleh makan.Resepi jugak saya ceduk dr blog Chef Sabri.Selamat mencuba kepada yg tengah mencari resepi ikan kukus....Resepi ni kalau nak diubahsuai sedikit sebanyak pun tak mengapa.Ikut selera masing-masing,janji ada asasnya dah...


IKAN KUKUS HALIA

1 ekor Ikan Siakap - di bersih

2 sudu makan Halia - di hiris halus

1 sudu makan Bawang merah - di hiris halus

1 sudu kecil Bawang putih - di hiris halus

4 biji Cili Padi - di titik

1 sudu makan Daun ketumbar

2 sudu makan Lobak merah - di hiris halus

2 sudu makan Cendawan shitake - di hiris halus

1 biji Air limau nipis

2 sudu besar Sos Tiram

1 sudu besar Kicap Cair

1 sudu kecil Gula

4 sudu makan Air

Cara:
1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
2. Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
3. Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
4. Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.


Sumber : Chef Sabri blog (sila rujuk paparan sebelum)

Resepi Ikan

Lama tak makan ikan bakar,teringin rasanya.... apa-apa pun kat sini saya ada resepi sos utk dicicah dgn ikan bakar atau kukus pun boleh,apa-apa ikan pun boleh.resepi ni diceduk dr blog chef Sabri.

SOS IKAN PARI BAKAR

2 cawan Air Asam Jawa
1 cawan Air
1 biji Air Limau nipis/ Lime Juice
3 biji Bawang Merah - hiris halus
3 s/makan Kicap Manis
2 biji Tomato - di buang biji dan hiris halus
2 biji Cili merah
1 s/makan Bunga Kantan ( Jika Perlu )- hiris Halus
1 s/ tea Belacan / di bakar
2 s/tea Sos Ikan Thai
Garam dan gula secukup rasa


Cara:
1. Masukan semua bahan-bahan kedalam mangkuk dan kacau hingga rata.


Sumber :Chef Sabri :( chefsabri.blogspot.com )

Petua

PETUA DARI DAPUR:


Mencelur/ Blanching:


1. Teknik mencelur biasanya memanas air hingga mendidih, kemudian masukan sedikit garam. Biasa bahan yang hendak di celur seperti lobak merah, sayur kekacang,lada bengala. semua sayur ini hendakalah di potong size yang sama supaya masak dengan serata.



Masa mencelur lebih kurang 1minit bergantung jenis sayuran yang hendak di celur, kalau Buah tomato anda perlu masa hanya 10-12 saat sahaja. Setelah sayur tadi mestilah direndam dalam bekas berisi ais batu supaya sayur mudah sejuk ( to stop the cooking proses ). Setelah itu barulah di toskan dan di simpan dalam peti sejuk atau dingin beku. Proses ini boleh memudahkan kerja harian di dapur dan mengekal sayur supaya boleh simpan lama. Selamat mencuba.


Sumber : Chef Sabri blogspot

Resepi Ayam


AYAM GORENG BEREMPAH/SPICY CHICKEN WING


Bahan-bahan/Ingredients

1kg - Kepah Ayam di bersihkan/ Chicken Wing- cleaned

60g - Halia di cincang/Ginger- chopped

80g - Bawang putih di cincang / Garlic - chopped

10 - helai/pcs Daun Kari/ Curry leaf

100g - Serbuk kari ( Daging )/ Meat curry powder

20g - Jintan Manis/ Caraway Seed

6 - sudu makan/ tbsp Oyster sauce

2 - biji/nos Air Limau nipis/ Lime Juice

3 - sudu makan/Tbsp Sugar

1 - Sudu Makan/tbsp Serbuk Pati Ayam/Chicken seasoning powder

2 - sudu makan/ Tbsp Garam secukup rasa/ salt to taste

2 - biji/nos Telur/ whole egg


Cara/ Method:

1. Masukan bahan-bahan dalam mangkuk, gaul hingga rata dan perap selama 30 minit/ combine all the ingredients, mix well and let it marinade for 30 minutes.


2, Panaskan minyak dan goreng hingga garing/ heat up the cooking oil and deepfry until golden brown or crispy.


3. Hidang dengan sos cili dan kentang goreng/served with chilli sauce and French fries.


Resepi drpd Chef Sabri (chefsabri.blogspot.com)



Friday, January 2, 2009

Kek Lapis Mentega Kacang

Kelas dah pi,barang dan peralatan membuat kek dah beli,apa lagi cuba try buat la.Guna handmixer,jenuh jugak la nak menggebukan adunan kek ni.Ni yang buat aku nak beli mesin yang bosar ni...tapi duitnyer tak do...ahak ahak.Ada saper-saper nak sponsor ke?

Ni masa nak gebukan adunan telur...


Adunan dah semakin gebu....


Dipendekkan cerita,ni la hasilnya...kek lapis mentega kacang...

Ambik masa hampir 4 jam la, ni baru separuh resepi je..
kalau resepi penuh?lu pikirlah sendiri...


Apa-apa pun puas hati la kek lapis ni menjadi la jugak akhirnyer.
Nak menyiapkan kek ni 4 jam,time menghabiskannyer tak sampai
40 minit.Dibelasah habis oleh kakak dan angah.Tapi yang
merasmikannyer adalah abahnyer,masa kek tu dibalut untuk
disimpan dalam peti ais.
Lepas ni nak try resepi yg lain lak.

Ni la resepi drpd buku Resepi Kek Lapis Noraini Zakaria (http://resepinoraini.blogspot.com/)

KEK LAPIS MENTEGA KACANG

Bahan-bahan :

A

300 gm mentega

1/2 sudu teh serbuk penaik

150gm mentega kacang

100 gm susu pekat manis

1 sudu teh esen vanila



B

200 gm gula kastor

150 gm tepung hong kong (saya guna tepung superfine)

30gm air sejuk

15 biji kuning telur

6 biji putih telur

1 sudu makan ovalette

Pewarna hijau dan coklat



Cara-caranya :
1.Satukan semua bahan A dlm mangkuk adunan.Pukul hingga kembang putih.Tuangkan ke dlm mangkuk yg besar.
2.bhn B :dlm mangkuk lain,satukan kuning telur,putih telur,gula kastor dan ovalette.Pukul selama 10 minit pd kelajuan tinggi hingga pekat dan gebu.Masukkan air sejuk,tepung hong kong dan pukul lagi hingga adunan pekat.
3.Tuangkan adunan mentega ke dlm adunan tepung tadi.Gaul perlahan2 hingga bercampur rata.
4.Bahagikan adunan kpd 2.Satu bahagian dibubuh pewarna hijau.
5.Bahagian kedua dicampurkan pewarna coklat.
6.Tuangkan satu senduk adunan warna coklat ke dlm tin pembakar.Bakar dgn api atas dan bawah hingga kek berwarna perang.
7.Setelah masak ratakan satu senduk adunan hijau.Bakar dgn api atas shj hingga masak.
8.Utk lapisan ke 3, ulangi lapisan warna coklat,begitulah seterusnya hingga lapisan terakhir di bakar.

9.Tutup permukaan tin dgn kertas aluminium,bakar semula dgn api dan bawah selama 15 minit.

Tip : Jika adunan menggunakan ovalette,ia hendaklah dipukul bersama telur dan gula kastor hingga pekat.Jika tidak kek yg dimasak akan menjadi padat dan berminyak,ia tidak gebu seperti sepatutnya.



Kursus membuat Kek Lapis Sarawak


Ha tengok tu,belum sampai rumah dah kena ngap...


Antara kek lapis yang berjaya dihasilkan...


Kek lapis semarak...


Bergambar sesudah kelas berakhir....peserta seramai
28 orang,kursus diadakan pada 21 Disember 2008
dengan Chef Noraini Zakaria.Best sangat...

Kepada sesiapa yang nak belajar buat kek lapis patut pi belajar ngan Chef Noraini ni,yuran murah,cara chef ngajar pun bagus,bukan promote k,enjoy la belajar n senang faham pulak tu.Banyak tips berguna yang chef kongsi ngan kami orang.Terima kasih banyak chef.Lepas ni nak gi belajar lagi ngan chef buat kek yang lain lak.