Wednesday, February 11, 2009

Renungan untuk wanita




KENALI WANITA TERPILIH


DARI 'Aisyah, "Saya tidak pernah cemburu kepada seorang perempuan seperti saya cemburunya saya kepada KhadijahSesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah memperisterikan Sayidatina Khadijah Khuwailid bukan kerana status sosialnya yang tinggi,yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi kerana sifat Khadijah sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.

Beliau seorang wanita yang berfikiran tajam,sabar dan berpandangan jauh.Lebih daripada itu,Khadijah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya.Ini terbukti ketika pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah,Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang menyampaikan berita bahawa suaminya adalah seorang Nabi.

Khadijah isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah Allah.Bahkan beliaulah yang mula-mula memeluk Islam sebelum suaminya berdakwah di klangan sahabat yang lain.

Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik;wanita yang subur dengan kasih sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu,al Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya,Ummu Kulthum dan Fatimah.

Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam,Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban,harta dan tenaga dalam merpertahankan baginda daripada disakiti oleh kaum Quraisy.

Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Khadijah,bahnkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah.Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah telah mengurniakan sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu Syurga.

Kita kalangan Muslimah,mampukah jadi sehebat Khadijah?



RESEPI MUFIN

Resepi ni dikutip dr majalah Keluarga thn 2006 Julai.Kepada peminat mufin bolehlah cuba resepi ni.


MUFIN BERCOKLAT SUSU

Bahan-bahan :

125 gm mentega
100gm gula kastor
2 biji telur
50 ml susu coklat
100gm tepung serbuk penaik
25 gm serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang selepas tu masukkan telur,susu,esen vanila,tepung dan serbuk koko berselang-seli hingga habis.
2. Gaul bahan sampai rata dan bolehlah tuang ke dlm acuan mufin.
3. Bakar pd suhu 180 c selama 20 minit atau hingga masak.
4. Dah masak bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba .Dah cuba bagilah komen yer...

Saturday, February 7, 2009

KUIH GOYANG @ ROS WARNA-WARNI



Kuih goyang ni berwarna-warni lain drpd biasa yg takda warna tu...cantik sangat...sedap pula tu.So selamat mencuba kpd yg gemarkan kuih goyang ni...kena bergoyang sikit masa nak buat ni..baru menjadi ...ahaks...

KUIH GOYANG @ ROS WARNA-WARNI

BAHAN-BAHAN :


1 kg tepung beras
1/2 kg gula
500 ml
santan
2 biji telur
Pewarna merah,hijau kuning / suka hati la nak taruk kaler apa pun.

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul telur dan gula hingga sebati dan ketepikan.
2. Masukkan tepung beras dan santan. Kacau sebati.
3. Bahagi adunan kpd 3 bahagian dan letak pewarna.
4. Panaskan minyak (banyak2 yer) dlm kuali, celup acuan kuih goyang dalam minyak.
5. Celup acuan kuih goyang dlm adunan...jgn celup penuh..separuh atau 3/4 acuan gitu...kalau penuh kuih tu tak dpt nak kaluar dr acuan plak..ahaks.
6.Bila dah nampak agak perang gitu...bolehlah diangkat.Teruskan goreng sampai habis.
7.Sedia dimakan...kalau tak habis makan blh di simpan dlm bekas kedap udara...ataupun sedekah ngan jiran,dpt pahala.


Post ni pun warna warni sesuai la tu....

Resepi Kek coklat

CHOCOLATE MOIST

BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega
450 gm gula
3 biji telur
320 gm tepung
100 gm serbuk koko
10 gm serbuk penaik
10 gm serbuk soda
1 liter susu segar

CARA MEMBUATNYA:

1. Pukul telur dan mentega hingga kembang,kemudian masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan tepung,serbuk koko,serbuk penaik dan serbuk soda yg telah diayak bersama ke dlm adunan.
3. Masukkan susu segar dan bakar pd suhu 180 c selama 45 minit.

Resepi asal drpd CHEF KUMAR DIEVENDRA DAN CHEF LILIWATI MOHDHASSAN DARI PALACE OF THE GOLDEN HORSES,SRI KEMBANGAN....ku kutip dr majalah RASA thn 2007.





Resepi Mufin Keju

MUFIN KEJU

Resepi mufin ni pun drpd majalah RASA thn 2007...saper-saper yg nak cuba selamat mencuba...


BAHAN-BAHAN:


500 gm gula

450 gm mentega

150 ml susu segar

140 gm dadih

100 gm keju

1 kg tepung

20 gm garam

30 gm serbuk penaik

20 gm serbuk soda

8 biji telur



CARA MEMBUATNYA :


1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.

2.masukkan telur satu persatu,pukul lagi hingga kembang.

3.Masukkan tepung bersama dgn garam,serbuk penaik,serbuk soda.Kacau sebati.

4.Setelah tu,masukkan keju dan dadih.Kacau lagi hingga sebati.

6. Masukkan adunan mufin kedlm acuan mufin dan bakar pd suhu 180 c selama 30 minit /sehinnga masak.



Kalu rasa banyak sangat blh gunakan separuh saja resepi ni....macam biasa la blh buat amal ngan bersedekah ngan jiran-jiran...buat la banyak pun tak apa.



RESEPI MUFIN PISANG

Resepi Mufin Pisang ini ku kutip drpd koleksi majalah RASA thn 2007...kpd yg mencari resepi ni bolehlah cuba...

MUFIN PISANG

BAHAN-BAHAN :

1.6 kg pisang masak ranum (dilenyek hancus)
500 gm gula
400 gm tepung
240 gm mentega
200 gm madu
200 gm kacang walnut
20 gm garam
10 gm serbuk penaik
10 gm serbuk soda bikabonat
9 biji telur

CARA MEMBUATNYA :

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan tepung bersama serbuk soda,serbuk penaik,madu,garam dan kacang walnut.
4. Kacau sehingga rata.
5. Kemudian masukkan pisang dan kacau sebati.
6. Masukkan adunan ke dlm acuan mufin dan bakar pada suhu 180 c selama 30 minit / masak.

Anda boleh gunakan separuh saja resepi ni,kalau rasa banyak sangat.Kalau ahli keluarga ramai boleh guna terus resepi ni,tak pun sedekah ngan jiran-jiran,dapat pahala.Selamat mencuba....



Tuesday, February 3, 2009

PUDING AGAR-AGAR MABLE PELANGI

Bahan2nya:

2 bungkus serbuk agar2

1350ml air

450gm gula pasir

130gm mentega

8 biji telur bersaiz sederhana

1 tin susu cair Carnation Capa-apa brand pun boleh)

2 sudu makan custard

2 sudu makan serbuk koko

1 sudu teh vanilla

pewarna merah dan kuning secukupnya.. Capa-apa warna pun boleh..terpulang)


Caranya:

Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...kalau nak tebal guna loyang lebih kecil .

Sengetkan loyang sedikit dengan meninggikan salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan satu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...

Nota : Rainbow Marble Pudding nie ialah hidangan lemak manis yang memang elok dijadikan hadiah pada hari pertunangan ataupun hari ulang tahun rakan sekerja...



Cara mencorak agar-agar :

(1) Sendengkan loyang dulu...
(2) Curahkan lapisan 1
(3) Curahkan lapisan ke2 pula..
(4) Curahkan lapisan ke3 pula..
(5) Dan akhir sekali lapisan ke4
(6) Lapisan dah siap...dan letakkan perlahan2 kepada kedudukan asal
(7) Selepas dikeluarkan dari loyang
(8) Sudah dipotong dan bulehlah dimakan

Sumber : Internet

Monday, February 2, 2009

KELEBIHAN TEKNIK BAIN-MARIE

Menggunakkan teknik bain-marie atau juga dikenali dgn double boiler antara teknik yg sering digunakan semasa melakukan proses memasak makanan.Biarpun teknik baine-marie kedengaran agak asing,namun proses ini sebenarnya telah ramai antara kita yg menggunakannya tanpa mengetahui nama khusus utk teknik tersebut.

Baine-marie adalah gabungan penggunaan alatan memasak.Iaitu menggunakan bekas yg berisi makanan diletakkan ked lm bekas lain yg berisi air.Kaedah ini akan memastikan makanan tersebut dikawal oleh kepanasan air.Dlm erti kata lain,makanan tersebut tidak terkena kepanasan api secara langsung.

Kaedah ini biasa digunakan utk mencairkan coklat masakan utk dijadikan salutan biskut almond London juga utk hias kek.

Namun,kaedah ini juga digunakan semasa membakar makanan didlm oven ataupun utk memanaskan sahaja.

Jika nak menggunakan kaedah ini,caranya senang saja,Cuma masukkan makanan atau bahan yg nak dipanaskan ked lm bekas seperti mangkuk,periuk dan sebagainya ked lm bekas yg berisi air.Kemudian masaklah makanan tersebut.

Kaedah banie-marie ini juga digunakan utk memasak,terutamanya utk juadah yg lembut atau berasaskan telur seperi kek keju,kastard,caramel dan lain-lain.


TIPS MENCAIRKAN COKLAT MASAKAN GUNA KAEDAH BAINE-MARIE.

1.Coklat masakan hendaklah dihiris nipis-nipis.

2.Didihkan air di dalam bekas dan kemudian perlahankan api.

3.Letakkan bekas berisi coklat ke dalam air yang mendidih tadi.

4.Kemudian biarkan coklat mencair.

5.kacau untuk memastikan coklat cair secara sekata.


RESEPI

Resipi : Bubur Lambuk

Penyediaan: 200 orang

Masa penyediaan: 3 jam


Bahan:


3 kg Beras - di bersih berasingan

20 lit Air

10 cawan Minyak Masak

8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )

2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mix vegetables )

2 cawan Bawang Putih - di kisar

6 cawan Bawang Merah - di kisar

1 cawan Halia- di kisar

3 btg Serai - di kisar

3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar

3 helai Daun Pandan

1 cawan Daun Kari

2 sudu makan Buah Pelaga

2 sudu makan Kulit Kayu Manis

2 sudu makan Bunga Lawang

1 sudu Makan Bunga Cengkih

1 cawan Serbuk Jintan Manis

1 cawan Serbuk Jintan Putih

1 cawan Serbuk Lada hitam

2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah

5 lit Santan Pekat

8 kuib serbuk pati daging

2 cawan Garam/secukup rasa

1 cawan Gula

3 biji Air Limau nipis


Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris


Cara:


1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.

2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.

3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.

4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.

5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.

6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.



Tip : Ada boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.


SELAMAT MENCUBA- RESIPI JANGAN KEDEKUT-BERILAH RESIPI INI KEPADA SESIAPA YANG MEMINTANYA,NESCAYA ANDA AKAN MENDAPAT BERKAT DARI ALLAH YANG MASA ESA.


Sumber : blog Chef Sabri.