Sunday, February 1, 2009

Tip buat kek

Membuat Kek Span

Kek Span moden adalah antara kek yang paling mudah disediakan.Ini kerana ia menggunakan kaedah masuk semua (all in method) dimana semua bahan dimasukkan sekali kecuali mentega cair. Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang baik,penggunaan mixer besar adalah digalakkan. Ini kerana saya pernah menggunakan hand-mixer untuk memukul kek ini tetapi hasilnya mengecewakan.Sebabnya kek span memerlukan pukulan yang kuat agar telur kembang dengan elok.Jika telur gagal kembang dengan elok,alamatnya kek tidak menjadi.Cara mudah menyediakan kek span ialah dengan menggunakan tepung premix iaitu tepung sponge mix. Didalam premix ini, telah dimasukkan tepung, gula, serbuk penaik dan lain-lain bahan. Terdapat dua perisa iaitu asas (basic) dan perisa coklat. Anda hanya perlu menyediakan telur, air dan mentega cair/minyak. Anda boleh membeli tepung premix ini dari kedai-kedai menjual bahan kek. Jika anda tidak mahu menggunakan sponge mix,anda boleh timbang sendiri bahan-bahannya.

Kek Span Vanila (guna sponge mix)


Bahan-bahan :


280 gm tepung sponge mix
5 biji telur A
60 gm air
80 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanila dan pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan minyak atau mentega cair dan gaul perlahan-lahan dengan senduk atau whisk.Boleh juga digaul dengan tangan.
5. Griskan tin pembakar 9 inci dan alas dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 50 minit hingga masak.
Tips: Anda boleh menambah perisa kopi, pandan,strawberi, oren kedalam adunan basic ini.Jangan guna esen vanila. Campurkan perisa pilihan anda dengan air dalam resipi ini.

(sumber : norainiresepi)

No comments: