Thursday, September 4, 2008

MARI BERBASIKAL

SERONOK BERBASIKAL


Hi...jom main basikal..hee hee..


Jaga buuu..nanti angah langgarrr...brek rosak ni..


Aziq lagi hebat...basikal tak main la...Aziq ada motosikal,lagi best..


Auww..seksinyer...tergoda i.. peace..


Ni lagi syok...Aziq ada kereta...
lagi laju dari basikal kakak dan angah...he he he

MAIN AIR

BERCUTI KAT DESA WATER PARK




Terteleng-teleng plak si haziq ni...chaakk..



Gumbiranyer dua beradik ni berendam dalam air...


Amboi posing kat atas belakang kura-kura yer...



Amboi 4 beranak ni...posing lagi..

Best sangat mandi-manda kat Desa Water Park ni (bukan promote tau)
Bawa anak-anak sekali-sekala mandi-manda apa salahnya...

Wednesday, September 3, 2008

TIP UNTUK KEBAHAGIAAN

Elak Berkongsi Masalah Peribadi dengan Orang Lain


Perasaan simpati apabila mendengar masalah orang lain adalah satu perkara yang sangat mulia. Namun ia perlu difahami dengan wajar dan tidak didorong oleh pemikiran dan perasaan yang hanya akan merosakkan diri dan orang lain.Berikut adalah tip untuk mengenalpasti perbezaan antara perasaan simpati yang membawa kebaikan atau keburukan.
  1. Perasaan simpati dengan permasalahan yang dihadapi oleh orang lain adalah satu anugerah dari TUHAN kepada manusia. Apabila ia dirasai kerana belas kasihan akan mendorong manusia untuk memberikan apa jua bentuk pertolongan.

  2. Kefahaman tentang permasalahan yang dihadapi oleh orang lain akan membuatkan seseorang mudah berkongsi permasalahan tersebut dan rela melakukan apa saja untuk kebaikkan bersama.
  3. Namun persaan simpati dan merasai apa yang dialami oleh orang lain memerlukannya untuk lebih rasional dan wajar dalam memberikan bantuan yang deperlukan dan bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi.
  4. Sekiranya perasaan simpati kepada permasalahan yang dihadapi orang lain boleh membawa kepada sesuatu yang memudaratkan ia pelu dielakkan agar tidak akan merosakkan perhubungan yang sedia ada.
  5. Individu yang terlibat dengan perasaan simpati perlu menyedari bahawa persaan itu bukan untuk diambil kesempatan demi kepentingan yang bersifat peribadi sehingga melupakan tanggungjawab yang sepatutnya.
  6. Seandainya anda menyedari perasaan itu mulai tersasar dari landasan yang asal dan membawa kepada kelalaian terhadap diri dan orang lain,maka jangan biarkan diri anda terikat dengannya sehingga membebankan akhirnya.

  7. Bantulah sekadar yang perlu dan kawallah diri anda supaya tidak keterlaluan dalam menghulurkan bantuan sehingga lupa kepada niat asal pertolongan itu dilakukan.(artikel dipetik drpd Majalah Harmoni ogos 2008)

Hendak diingatkan juga,seboleh-bolehnya jangan berkongsi masalah peribadi dengan orang yang berlainan jantina.Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak sepatutnya berlaku,dari rasa simpati timbul pulak rasa sayang,lepas tu ada yang akan melayang...renung-renungkan.



PETUA


Daun Kubis - Pelembab muka
Kisarkan daun kubis bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air sehingga halus.Sapukan pada keseluruhan wajah dan leher.Biarkan selama 20 minit,kemudian barulah dibersihkan.Jika diamalkan selalu,sekurang-kurangnya 3 kali seminggu,kulit anda pasti akan kelihatan lebih tegang dan lebih lembab.Selamat mencuba.
Bawang Putih - Hilangkan bisul
Apabila anda menyedari yang anda terkena bisul,segera ambil bawang putih dan gosokkan pada bisul tersebut.Insya Allah, bisul tersebut akan mengecil dengan lebih cepat.Ulang selagi perlu.