Friday, January 23, 2009

Resepi Laksa

LAKSA KARI

Bahan utk kuah :

  • 2 liter santan dr dua biji kelapa
  • 4 liter air
  • 2 kiub stok ayam
  • ½ kg ayam di potong sederhana (kecil pun boleh)
  • 40 gm udang kering (rendam dan kisar)
  • 60 ml minyak masak
  • 10 biji tauhu pok

Bahan utk pes :

  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili boh

Bahan kisar :

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit
  • 3 batang serai
  • 2 cm lengkuas


Bahan hiasan (ikut citarasa sendiri) :

1 biji timun dipotong nipis memanjang

2 biji cili merah

1 labu bawang besar dihiris

6 tangkai daun pudina

3 biji telur rebus

Limau kasturi dibelah dua

Sedikit taugeh

Kek ikan celur dan dipotong

Sedikit hirisan bunga kantan

Beberapa ekor udang direbus selama beberapa minit.

CARA MEMBUAT :

1) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

2) Masukkan pes dan kacau hingga terbit minyak.Kemudian masukkan air dan ayam,biarkan hingga mendidih.

3) Masukkan stok ayam dan santan lalu kacau perlahan.Setelah itu masukkan garam dan gula secukup rasa.

4) Masukkan tauhu pok dan biarkan ia masak seketika sebelum diangkat dan dihidangkan bersama spageti atau mee kuning dan hiaskan dgn bahan hiasan selebihnya.


Resepi Kek



Kek Gula Hangus


BAHAN GULA HANGUS :

1 cwn gula

1 cwn air panas

2 sd besar mentega


CARA:
Masak gula dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas.Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletup- letup. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


BAHAN UTK KEK :

4 biji telur


1 cwn susu pekat


1 cwn tepung gandum


2 sd kecil soda bikarbonat


1 sd kecil esen vanila



CARA:
1.Pukul telur sehingga betul2 kembang & pekat.
2. Masukkan susu pekat dab kacau sebati.
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
6. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam didalam kontena bertutup untuk mendapatkan sarang yang cantik.
7. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160c api bawah sahaja dan bakar lagi selama 10 minit dgn api atas & bawah.