Monday, March 16, 2009

manis manis manis


WAJIK
Sumber : Buku Koleksi Khas Rasa 2007

BAHAN-BAHAN :
500 gm pulut (direndam 8 jam dan kukus hingga masak)
500 ml pati santan (dari sbijik kelapa)
4 helai daun pandan
50 gm gula batu
200 gm gula melaka
80 gm gula pasir

CARA MASAKNYA :
  1. Satukan santan,gula pasir dan daun pandan.
  2. Masukkan gula melaka (yg telah dihancurkan) dan gula batu.Kacau rata di atas api sehingga pekat dan bertali.
  3. Masukkan pulut dan kacau rata hingga berkilat dan kental.
  4. Diangkat dan sejukkan,sedia dihidang.

Nota dari Zai :kalau mak saya buat wajik ni,dia tak taruk pun gula batu,dia taruk gula melaka/nisan dan gula pasir je.Saya belum try lagi buat wajik ni...maybe satu hari nanti.selamat mencuba...

Jom cuba talam keladi ni



TALAM KELADI
Sumber :dari dapur MAT GEBU


BAHAN A :-)
300 ml santan
65 g tepung beras
1 camca teh tepung gandum
100 g keladi, didadu, kukus 3/4 lembut dan lecek sedikit
55 g gula halus
1/4 camca teh garam

BAHAN B :-)
100 ml santan
80 g gula halus ( boleh kurangkan jadi 60g atau 70g)
2 camca besar tepung beras
20 g tepung jagung
1 biji telur, pukul sedikit
Secubit garam
Sedikit pewarna ungu (violet)
1/2 camca teh perisa keladi (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak (mat guna mentega), balut tutup kukusan dengan kitchen towel.
  2. Bancuh semua bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis, masukkan keladi dan gaul rata. Tuang ke dalam tin dan kukus selama 15 minit.
  3. Sementara itu satukan semua bahan B dan kacau hingga rata, tapis adunan dan tuang dalam loyang yang berisi bahan A tadi. Tutup permukaan tin dengan aluminium foil, sambung mengukus lagi selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan kuih talam masak.
  4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Sapu sedikit minyak pada pisau sebelum memotong kuih.

Selamat mencuba....

Mari makan seri muka



SERI MUKA

Sumber : NanaSham@myresepi.com
(copy/paste resepi)

Bahan-bahan:

Bahan lapisan bawah:-

• 500gm beras pulut
• 400ml santan cair
• 1 st garam
• 2 sm minyak
• Bahan lapisan atas:-
• 120gm tepung gandum
• 3 sm tepung jagung
• 140gm gula
• 3 biji telur
• 450ml santan pekat
• 1/2 st garam
• 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-

A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-

1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....


Selamat mencuba...

ini la rupa kek brownies




Akhirnya berjaya juga saya membuat brownies ni,resepi dr kak hanieliza (sila rujuk paparan sebelum ni).Best sangat....silalah cuba.