Tuesday, January 13, 2009

Kueh Cakoi

Lama dah cari resepi cakoi ni,nak try buat gak.Apa-apa pun saya tempekkan saja kat blog dulu utk tontonan dan rujukan semua yg nak cuba.Resepi ni dicedok dr shw.umi-kal.fotopages.com ,harap tuan punye resepi tak marah la kita kongsi resepi ni.Dapat gak pahala kat tuan punye resepi ye tak?




CAKOI


Bahan - bahan :

400 g tepung ~ diayak

1 cawan air

1 sudu besar majerin ~ dicairkan

1 sudu kecil garam

3 sudu besar gula

1 sudu besar susu pekat manis

1 kuning telur

2 sudu kecil yis segera

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

minyak untuk menggoreng


CARA-CARANYA :

1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.

3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.

4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.

5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.

6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.

7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .

8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.





Kek Coklat

Ada terjumpa resepi kek coklat dalam majalah Mingguan Wanita (Edisi Hari Raya) thn2008,tapi tak ada gambar so cari punya cari jumpa la gambar di bawah ni.Gambar sekadar hiasan sahaja,tak ada kena mengena dgn resepi sebenar....jangan marah yer...





Resepi Kek Coklat



Bahan-bahan :
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 1/2 cawan marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 5 biji telur - Grade A
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko

Cara membuat :

  1. Mula-mula pukul marjerin hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul rata.
  3. Tambahkan esen vanila dan susu pekat.
  4. Diikuti dgn tepung yg sudah diayak bersama serbuk penaik.Gaul rata.
  5. Masukkan serbuk koko dan gaul hingga sebati.
  6. Bakar pada suhu 150 /170 darjah (ikut oven masing-masing).
Tips : Pastikan loyang sudah di lenser dgn sedikit marjerin dan letakkan kertas kek dibawah loyang agar kek mudah untuk dikeluarkan setelah ia masak.
Bakar kek tiga suku masaksebelum ditaburkan dgn coklat urai di atas permukaan kek.(ini pilihan sahaja)
.


Selamat mencuba,kalau dah cuba bagilah komen....boleh kita kongsi sama-sama.