Friday, March 6, 2009

CUPCAKE

KEK CAWAN PISANG

Bahan-bahan :

Ø 360 gm tepung serbuk penaik/tepung naik sendiri

Ø 300 gm gula kastor

Ø 200 gm mentega

Ø 125 ml susu segar/UHT

Ø 2 sudu besar jus limau (saya guna oren sunquick)

Ø ½ sudu kecil garam

Ø 3 biji telur

Ø 4 biji pisang (dikisar/lenyek) apa-apa pisang yg masak

Ø 1 sudu the esen vanila

CARA-CARANYA :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur,kemudian masukkan berselang-seli susu dan tepung.

3. Masukkan esen vanilla dan jus limau.

4. Masukkan pisang dan kacau rata.

5. Masukkan adunan ked lm acuan kek cawan.Bakar pada suhu 180 C selama 15 – 20 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba.



KEK HATI PARI

KEK HATI PARI


Sumber :Buku Kek Sarawak-Selera Deja Moss


BAHAN-BAHAN :


5 biji telur ayam

250 gm mentega

2 gelas gula halus

½ tin susu manis

100 gm horlick

3 ½ gelas tepung gandum

400gm kismis hitam

2 botol besar brown sugar

1 sudu the soda bikarbonat

½ sudu teh serbuk penaik


CARA-CARA :


1. Pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan mentega dan pukul hingga kembang juga.Kemudian masukkan susu,horlick dan gaul rata.

2. Masukkan kismis yg tlh dipotong halus dan digaul ngan segelas tepung gandum.

3. Gaul rata dan kemudianya barulah dimasukkan dua gelas tepung yg telah dicampur ngan soda bikarbonat dan serbuk penaik.

4. Selepas tu,masukkan brown sugar dan gaul sebati.

5. Akhir sekali,masukkan adunan ked lm acuan dan kukus selama 4 jam.


Selamat mencuba,kalau ada sesiapa yg telah mencuba bagi tahulah bagaimana hasilnya nanti.