Wednesday, February 11, 2009

Renungan untuk wanita




KENALI WANITA TERPILIH


DARI 'Aisyah, "Saya tidak pernah cemburu kepada seorang perempuan seperti saya cemburunya saya kepada KhadijahSesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah memperisterikan Sayidatina Khadijah Khuwailid bukan kerana status sosialnya yang tinggi,yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi kerana sifat Khadijah sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.

Beliau seorang wanita yang berfikiran tajam,sabar dan berpandangan jauh.Lebih daripada itu,Khadijah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya.Ini terbukti ketika pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah,Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang menyampaikan berita bahawa suaminya adalah seorang Nabi.

Khadijah isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah Allah.Bahkan beliaulah yang mula-mula memeluk Islam sebelum suaminya berdakwah di klangan sahabat yang lain.

Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik;wanita yang subur dengan kasih sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu,al Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya,Ummu Kulthum dan Fatimah.

Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam,Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban,harta dan tenaga dalam merpertahankan baginda daripada disakiti oleh kaum Quraisy.

Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Khadijah,bahnkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah.Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah telah mengurniakan sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu Syurga.

Kita kalangan Muslimah,mampukah jadi sehebat Khadijah?



RESEPI MUFIN

Resepi ni dikutip dr majalah Keluarga thn 2006 Julai.Kepada peminat mufin bolehlah cuba resepi ni.


MUFIN BERCOKLAT SUSU

Bahan-bahan :

125 gm mentega
100gm gula kastor
2 biji telur
50 ml susu coklat
100gm tepung serbuk penaik
25 gm serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang selepas tu masukkan telur,susu,esen vanila,tepung dan serbuk koko berselang-seli hingga habis.
2. Gaul bahan sampai rata dan bolehlah tuang ke dlm acuan mufin.
3. Bakar pd suhu 180 c selama 20 minit atau hingga masak.
4. Dah masak bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba .Dah cuba bagilah komen yer...