Wednesday, February 11, 2009

Renungan untuk wanita




KENALI WANITA TERPILIH


DARI 'Aisyah, "Saya tidak pernah cemburu kepada seorang perempuan seperti saya cemburunya saya kepada KhadijahSesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalam syurga." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah memperisterikan Sayidatina Khadijah Khuwailid bukan kerana status sosialnya yang tinggi,yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi kerana sifat Khadijah sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.

Beliau seorang wanita yang berfikiran tajam,sabar dan berpandangan jauh.Lebih daripada itu,Khadijah seorang isteri yang benar-benar memahami keadaan suaminya.Ini terbukti ketika pertama kali baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah,Khadijahlah yang menenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengan sepupunya Waraqah bin Naufal yang menyampaikan berita bahawa suaminya adalah seorang Nabi.

Khadijah isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah Allah.Bahkan beliaulah yang mula-mula memeluk Islam sebelum suaminya berdakwah di klangan sahabat yang lain.

Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik;wanita yang subur dengan kasih sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu,al Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya,Ummu Kulthum dan Fatimah.

Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam,Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban,harta dan tenaga dalam merpertahankan baginda daripada disakiti oleh kaum Quraisy.

Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Khadijah,bahnkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah.Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah telah mengurniakan sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu Syurga.

Kita kalangan Muslimah,mampukah jadi sehebat Khadijah?



No comments: