Sunday, February 1, 2009

KEK SPAN COKLAT

Resepi asal kak Ani (resepinoraini.blogspot.com)

BAHAN-BAHAN :

110 gm tepung kek

20 gm serbuk koko

1 sudu teh serbuk penaik

15 gm ovallette

150 gm gula kastor

5 biji telur saiz A

50 gm air

1 sudu teh emulco coklat

75 gm mentega cair @ minyak masak




CARA MEMBUAT :

Satukan gula,ovalette,tepung kek,serbuk penaik,serbuk koko dan telur dlm mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dgn kelajuan tinggi.(kalau guna hand mixer lama sikit,pukul sampai beteul-betul kembang).

Perlahankan kelajuan dan masukkan air yg dicampur emulco coklat.Pukul lagi hingga kembang dan gebu selama 5 minit.


Tuangkan minyak atau mentega cair dan gaulkan dgn senduk hingga sebati.


Sediakan tin/loyang pembakar bulat berukuran 9 inci.Griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit pd suhu 180 darjah celcius hingga masak.





KEK BLACK FOREST



Bahan-bahan :

A
1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci

B
Bahan-bahan hiasan :
1 liter krim putar Bakers Mix (Non-Dairy Whipping Cream)
10 biji ceri maraschino
10 keping hiasan coklat / coklat rise
1 tin ceri hitam
100 gm coklat masakan,dihiris nipis
Sedikit jus oren

Cara membuatnya :
  1. Kek span coklat dihiris 2 bahagian.Ketepikan.
  2. Putar krim dgn kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu.Simpan sekejap dalam peti sejuk.
  3. Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.
  4. Renjis jus oren di atas lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar dan sapukan krim putar ini atas kek tadi.Susun ceri hitam di atasnya.
  5. Letak lapisan kek span yg kedua.Renjis jus oren dan sapu krim putar pd permukaan dan tepi kek.
  6. Hias kek dgn hirisan coklat dan coklat urai.
  7. Anda boleh guna beg piping dan buat bentuk rossette di atas kek.Hias dgn ceri.Hias mengikut kreativiti anda.
Tips : Kek ini hendaklah sentiasa disimpan di dlm peti sejuk kerana ia tidak tahan cuaca/suhu yg panas.Bila hendak makan baru keluarkan dr peti sejuk.

Puding Karamel @ Gula Hangus





Bahan-bahan :

(A)
230 gm gula pasir
50 ml air

(B)
800 ml susu kotak (segar atau UHT)
150 gm gula
8 biji telur A
2 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Masak gula pasir (A) hingga cair dan keperangan dengan api perlahan.Tuangkan air dan kacau hingga semuanya cair. Tuangkan karamel ke dalam loyang 8 inci (kalau nak tebal guna loyamg lebih kecil). Ketepikan.

2. Satukan bahan-bahan B dalam sebuah bekas dan pukul dengan pemukul telur hingga sebati.Boleh juga guna mixer atau pengisar.

3. Tapiskan adunan ke dalam loyang berisi karamel tadi.

4. Sediakan sebuah loyang 10 inci dan isikan air 1/3 bahagian,jangan sampai melimpah. Masukkan loyang berisi adunan telur tadi ke dalamnya.

5. Bakar dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.Kalu nak kukus pun boleh.

6. Setelah masak, sejukkan dahulu kemudian masukkan dalam peti ais beberapa jam.

7. Untuk menghidang, terbalikkan loyang atas pinggan yang sesuai. Karamel hendaklah di bahagian atas. Puding ini enak dimakan sebagai pencuci mulut.

(Sumber:Resepinoraini.blogspot)

Tip buat kek

Membuat Kek Span

Kek Span moden adalah antara kek yang paling mudah disediakan.Ini kerana ia menggunakan kaedah masuk semua (all in method) dimana semua bahan dimasukkan sekali kecuali mentega cair. Bagaimanapun, untuk mendapatkan hasil yang baik,penggunaan mixer besar adalah digalakkan. Ini kerana saya pernah menggunakan hand-mixer untuk memukul kek ini tetapi hasilnya mengecewakan.Sebabnya kek span memerlukan pukulan yang kuat agar telur kembang dengan elok.Jika telur gagal kembang dengan elok,alamatnya kek tidak menjadi.Cara mudah menyediakan kek span ialah dengan menggunakan tepung premix iaitu tepung sponge mix. Didalam premix ini, telah dimasukkan tepung, gula, serbuk penaik dan lain-lain bahan. Terdapat dua perisa iaitu asas (basic) dan perisa coklat. Anda hanya perlu menyediakan telur, air dan mentega cair/minyak. Anda boleh membeli tepung premix ini dari kedai-kedai menjual bahan kek. Jika anda tidak mahu menggunakan sponge mix,anda boleh timbang sendiri bahan-bahannya.

Kek Span Vanila (guna sponge mix)


Bahan-bahan :


280 gm tepung sponge mix
5 biji telur A
60 gm air
80 gm mentega cair/minyak masak
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanila dan pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan minyak atau mentega cair dan gaul perlahan-lahan dengan senduk atau whisk.Boleh juga digaul dengan tangan.
5. Griskan tin pembakar 9 inci dan alas dengan kertas minyak dan tuangkan adunan ke dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 50 minit hingga masak.
Tips: Anda boleh menambah perisa kopi, pandan,strawberi, oren kedalam adunan basic ini.Jangan guna esen vanila. Campurkan perisa pilihan anda dengan air dalam resipi ini.

(sumber : norainiresepi)

kek lapis


KEK LAPIS KEJU KOKO

Bahan-bahan :

A

200 gm mentega

150 gm krim keju

130 gm gula kastor

5 sudu makan susu pekat manis

14 biji kuning telur

B

130 gm gula kastor

7 biji putih telur

¼ sudu the serbuk krim tartar

C

180 gm tepung hong kong/superfine

½ sudu the serbuk penaik

D

3 sudu makan air suam

2 sudu makan serbuk koko

1 sudu teh emulco coklat

Sedikit pewarna coklat

(semua bahan disatukan)

*Bahan sapuan : 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis.



Cara-cara :

1. Bahan A ; satukan krim keju,mentega,gula kastor dan susu pekat manis dlm mangkuk adunan. Pukul hingga adunan kembang dan berkrim (betul-betul pekat dan kembang).

2. Masukkn kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan mentega ini ked lm mangkuk yg besar.

3. Bhn B ; did lm bekas yg lain,pukul putih telur hingga berbuih.Masukkn gula kastor dan serbuk krim tartar. Pukul lagi hingga adunan pekat dan gebu (biar betul-betul pekat).

4. Masukkn Bahan C, tepung hong kong dan serbuk penaik ked lm adunan mentega tadi. Gaul sebati.

5. Kemudian masukkn pula adunan putih telur. Gaul pelahan-lahan hingga adunan bercampur rata.

6. Bahagikan adunan kpd 2.Satu bahagian dibiarkan warna asal. Satu bahagian lagi dibubuh Bahan D.

7. Ambil setengah cawan adunan warna asal dan ratakan dlm tin pembakar (saya guna Loyang 8 x 8 inci).Bakar dgn api atas dan bawah.Suhu bergantung pada oven anda sendiri,170 / 180 c ok.Jgn sampai hangus.Memadai permukaannya Nampak kekuningan. Setelah masak, Sapukan dgn bhn sapuan. Ulangi langkah sama utk lapisan berikutnya.Bakar dgn api atas sahaja utk lapisan beikutnya.

8. Lapisan anda boleh ikut kreativiti anda,samaada nak buat 2 lapisan coklat dan 2 lapisan asal terpulang.Selang seli pun boleh.

9. Setelah habis,tutup permukaan tin dengan kertas aluminium,bakar semula dgn api atas dan bawah selama 15 minit. Keluarkan drpd ketuhar dan sejukkan.

10. Setelah sejuk bungkus dgn plastic wrap dan aluminium,simpan dlm peti sejuk.