Sunday, February 1, 2009

KEK BLACK FOREST



Bahan-bahan :

A
1 biji kek span coklat bersaiz 8 inci

B
Bahan-bahan hiasan :
1 liter krim putar Bakers Mix (Non-Dairy Whipping Cream)
10 biji ceri maraschino
10 keping hiasan coklat / coklat rise
1 tin ceri hitam
100 gm coklat masakan,dihiris nipis
Sedikit jus oren

Cara membuatnya :
  1. Kek span coklat dihiris 2 bahagian.Ketepikan.
  2. Putar krim dgn kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga kembang dan gebu.Simpan sekejap dalam peti sejuk.
  3. Letakkan kek span di atas papan kek berukuran 10 inci.
  4. Renjis jus oren di atas lapisan pertama.Ambil sedikit krim putar dan sapukan krim putar ini atas kek tadi.Susun ceri hitam di atasnya.
  5. Letak lapisan kek span yg kedua.Renjis jus oren dan sapu krim putar pd permukaan dan tepi kek.
  6. Hias kek dgn hirisan coklat dan coklat urai.
  7. Anda boleh guna beg piping dan buat bentuk rossette di atas kek.Hias dgn ceri.Hias mengikut kreativiti anda.
Tips : Kek ini hendaklah sentiasa disimpan di dlm peti sejuk kerana ia tidak tahan cuaca/suhu yg panas.Bila hendak makan baru keluarkan dr peti sejuk.

No comments: