Saturday, February 14, 2009

Mana satu kategori anda?


3 GOLONGAN MANUSIA :

1) Orang yang berjaya

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.Baginya:"Hari ini lebih baik daripada semalam."

Sayidina Abu Bakar al-siddiq sentiasa berkata sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikatakannya pada hari sebelumnya. Demikianlah sehingga akhir hayatnya.


2)
Orang yang tertipu atau terpedaya

Orang yang tertipu dan terpedaya ialah orang yang tidak ada perubahan pada dirinya hari demi hari.Walaupun dia mendapat ilmu,tip,petua dan sebagainya,langsung tidak diamalkan kerana menyangka dirinya sudah pandai.

3)
Orang yang celaka

Orang yang celaka ialah orang yang amalannya semakin hari semakin berubah kearah yang lebih teruk dan buruk.Orang akan bising dan merungut apabila pendapatan harian daripada perniagaan berkurangan. Tetapi orang jarang-jarang mahu bermuhasabah diri jika amalan harian berkurangan.


Harapnya kita tergolong dalam kategori 1.Insyaallah,sama-sama kita berusaha kearah yamg lebih baik.




Renungan bersama...


PUNCA SEMPIT PINTU REZEKI

  • Meninggalkan solat
  • Derhaka kepada Allah s.w.t.
  • Derhaka kepada ibu bapa.
  • Membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Tuhan.
  • Memutuskan hubungan kekeluargaan.
  • Enggan membayar zakat.
  • Enggan membayar hutang.
  • Melakukan zina,homoseks,lesbian atau aktiviti sejenisnya.
  • Memakan harta riba.
  • Memakan harta anak yatim.
  • Hati kotor.
  • Sering berdusta.
  • Menerima dan memberi rasuah.
  • Riyak (menunjuk-nunjuk).
  • Merahsiakan ilmu daripada orang lain.
  • Khianat terhadap orang lain.
  • Mengungkit-ungkit pemberian.
  • Menyelidiki rahsia orang.
  • Menyebarkan fitnah.
  • Cuai ketika membuang air kecil seperti kencing berdiri atau tidak istibra'.
  • Kurang doa.

AMALAN BERTINDAK UNTUK MURAH REZEKI

  • Patuh segala suruhan Allah s.w.t.
  • Bermunajat pada malam hari.
  • Buat baik kepada ibu bapa.
  • Sentiasa mendoakan ibu bapa.
  • Membaca al-quran setiap hari.
  • Solat taubat.
  • Beristighfar.
  • Solat sunat isyrak dan Duha setiap hari.
  • Bertawakal kepada Allah agar terbuka pintu rezeki.
  • Banyak bersedekah dengan ikhlas.
  • Menyediakan kemudahan untuk anak yatim.
  • Membantu orang miskin dan mereka yang memerlukan pertolongan.
  • Memberi makan binatang seperti burung,kucing,anjing,ikan dan sebagainya.
  • Sentiasa bersangka baik.
  • Banyak senyum kerana senyum merupakan muka rezeki.
  • Tunaikan haji atau umrah.
  • Menjalinkan silaturahim.
  • Berumahtangga jika masih bujang.
  • Banyak berdoa,Amalkan doa-doa murah rezeki.
Petikan drpd buku;Langkah Bijak Usahawan Terbilang-MOHD.FADZILAH KAMSAH,MUHAMMAD ZAKARIA