Thursday, July 30, 2009

Selamat Pagi cikgu....


Cikgu2 jangan marah yer,sekadar hiburan je...


Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)


Cikgu : Pandai!


Murid : Bodoh!


Cikgu : Tinggi!


Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!


Murid : Dekat!


Cikgu : Keadilan!


Murid : UMNO!


Cikgu : Salah!


Murid : Betul!


Cikgu : Bodoh!


Murid : Pandai!


Cikgu : Bukan!


Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!


Murid : Oh Hamba!


Cikgu : Dengar ini!


Murid : Dengar itu!


Cikgu : Diam!


Murid : Bising!


Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!


Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!


Murid : Hidup kami!


Cikgu : Rotan baru tau!


Murid : Akar lama tak tau!


Cikgu : Malas aku ajar kamu!


Murid : Rajin kami belajar cikgu!


Cikgu : Kamu gila!


Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!


Murid : Kurang! Kurang!


Cikgu : Sudah! Sudah!


Murid : Belum! Belum!


Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?


Murid : Sebab saya seorang pandai!


Cikgu : Oh! Melawan!


Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!


Murid : Cukup ajar!


Cikgu : Habis aku!


Murid : Kekal kami!


Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!


Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!


Cikgu : Sudah, bodoh!


Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!Murid : Duduk!


Cikgu : Saya kata UMNO salah!


Murid : Kami dengar KeADILan betul!


Cikgu : Bangang kamu ni!


Murid : Cerdik kami tu!


Cikgu : Rosak!


Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!


Murid : Dilepaskan tengah malam itu!


Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Sumber di gelihati.blogspot.com


8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI...



Dari Dato Dr Fadillah Kamsah

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


Sumber:ADY

Wednesday, July 29, 2009

Rahsia kuku dan anda...




Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya


1.Kuku yang baik, rapi dan indah :Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar,pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh,mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat kerasdengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegibahagian bawah sedikit runcing :Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidakselama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dankelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati disebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam :Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.


Nota : Artikel ini hanyalah sebagai bacaan semata-mata untuk menambah pengetahuan dan bukan untuk dipercayai 100% .Dipetik dr blog Ady

Monday, July 27, 2009

First Tag




First time kena tag...dari Kak Noor .


Soalan tag adalah :


1)kenapa korang rasa korang patut dapat award ni?

Sebab dah orang nak bagi,ambik aje la...terima kasih kepada yg memberi...


2)ucapkan penghargaan kpd sesiapa saja, setelah anda menerima award ini?

Ucapan terima kasih kepada kak noor yg m'tag saya ni...kepada semua yg sudi singgah kat blog saya dan yg meninggalkan jejak kat blog saya ni...juga kpd pengunjung yg singgah tapi tak tinggal jejaknyer kat cni....lain kali sudi2kanlah tinggalkan komen dan pendapat yer...

3)korang wajib bagi 10 orang penerima award ini
Tak ada sapa la....wajib ke?huhuhu....ya ampuuunnn....

Sunday, July 26, 2009

Gabra weii...


Hari ni belajar kete,rasa berdebar2 sangat sebelum sampai sekolah memandu .Rupa2nyer...kena bawak ke jalanraya da.Apa lagi,terciptalah memori enjin mati kat traffic light.Tiga kali mati weiii...gabra la weii,hilang fokus.Nasib uncle yg ngajar tu tak ikut gabra sekali kalau tak haru biru gak la.



Tapi seronok la,macam tak percaya boleh bawak kat jalan.Yang paling aku takut kat traffic light la...seram wei kalu sampai situ...nak nak kalau kete kat belakang banyak,bertambahlah gabra aku.Terketar2 jadinyer...padahal bukan apa pun...hihihi.




Pengalaman macam ni mesti pernah dilalui oleh kebykkan org kot...ke aku je?kuang 3x.Hari ni jalan tak sibuk sangat..so ok la sikit...jalanraya tu aku yg punyer...kihkihkih.Yang pasti rasa berdebar tak hilang lagi la....tak tahu la kenapa.Mungkin sebab lepas ni kena bawak kat jlnraya lagi kan.




Sabo je la...




Friday, July 24, 2009

Thursday, July 23, 2009

Sekadar Renungan...




WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJABNYA DOA

Oleh:Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih

Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan.

Adapun waktu-waktu mustajaba tersebut antara lain ialah

(1). Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150)

(2). Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17)

(3). Setiap Selepas Shalat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, baginda Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab."Ertinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".(Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani di dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782).

(4). Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa ketika saat adzan dan doa ketika perang berkecamuk". (Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672).

(5). Sesaat ketika Hari Jum'at
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidaklah bertepatanseorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-
6)Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203.Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum'at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

(6). Ketika Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah
Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595)Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.(An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190)Yang dimaksudkan dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

(7). Doa Di antara Adzan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Doa tidak akan ditolak di antara adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139)

(8). Doa Ketika Waktu Sujud di Dalam ShalatDari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48)Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

(9). Ketika Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda."Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078).Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

(10). Ketika Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah 'alaihi wasallam mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau 'alaihi wasallam memejamkannya kemudian bersabda."Ertinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akanmengikutinya' . Semua keluarga histeria. Baginda 'alaihi wasallam bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". (Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38)

(11). Ketika Lailatul Qadar
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar". (Al-Qadr : 3-5)Imam As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. (Tuhfatud Dzakirin hal. 56)

(12). Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda."Ertinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, babJamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598)

http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=101&bagian=0
Di edit dan diterjemah oleh Abu Usamah
dipetik dr laman web uzar.

Wednesday, July 22, 2009

Akhirnyer....

Berjaya gak akhirnyer blog ni bertukar kulit...kihkihkih.Setelah sekian lama tak update blog ni,malam ni aku tukarkan kulit dia dulu,next time baru taruk citer lain lak.Nak taruk n3 apa la agaknyer ye...tak ada bende menarik rasanyer,selain dari resepi.

Esok nak gi belajar kete,lesen L dah sebulan dapat,tadi baru gi ambik.Berdebar2 gak rasanyer nih...pestime nak pegang stereng kete la katakan.Tapi teruja la jugok.

Tadi Cikgu kat sekolah memandu cakap,4 Ogos ni ada dibuat test utk lesen P.Manalah aku sempat nk ambik,belajar pun belum.Kalau aku terror,sempat la kot.Kalu terketar2,nampaknyer berbulan2 lagi la nk buat test P.

Tuesday, July 7, 2009

Serunding Ikan Bilis

SERUNDING IKAN BILIS
Bahan2:
300-350g ikan bilis - dibersihkan & digoreng garing
120g kerisek
500ml santan - dari 1 biji kelapa
2 camb ketumbar }1 camb jintan manis } disangai & dikisar
1 camb jintan putih }
2 camb gula merah
3 helai daun kunyit - dimayang halus
garam secukupnya

Bahan Kisar:
10-12 tangkai cili kering - dipotong & direndam
100g bawang merah
50g bawang putih
30g halia
2cm lengkuas
2 batang serai

Cara2:

Jerang semua bahan kecuali ikan bilis. Kacau hingga mendidih (api sederhana)kemudian perlahankan api dan kacau selalu hingga hampir kering. Campurkan dengan ikan bilis yg sudah digoreng rangup, kacau hingga serunding betul-betul kering dan berminyak. Jika mahu menggunakan sebagai inti karipap atau popia mini, tumbuk dulu ikan bilis goreng hingga halus sebelum dicampur dengan serunding yg hampir kering tadi.

Sumber:Norzailina Nordin

Serunding daging

SERUNDING DAGING
Bahan2:
500g daging lembu, direbus & dicarik halus ikut uratnya
1 biji kelapa parut, dijadikan kerisek
500ml santan (dari 1 kelapa)
4 camb serbuk cili
2 camb ketumbar } disangai & dikisar
1 camb jintan manis}
1 camb jintan putih}
2 camb gula
3 helai daun kunyit, disimpulkan
garam secukupnya

Bahan Kisar:
100g bawang merah
50g bawang putih
30g halia
3 batang serai
2cm lengkuas

Cara2:

Jerang daging carik dengan semua bahan di atas api sederhana. Bila semakin kering, perlahankan api dan kacau tanpa henti. Bubuh sedikit garam (ia akan masin bila kering). Kacau hingga peroi dan berwarna coklat kehitaman. Ketepikan daun kunyit dan sajikan.


Sumber:Norzailina Nordin

Kek Lapis Horlicks

Kek Lapis Horlicks

Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster
240 gm tepung gandum
200 gm horlicks
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, gaul rata. Masuk tepung, horlicks dan susu serta gaul sebati. Bakar selapis-selapis hingga selesai.


Resepi diceduk dr blog Abg Rozzan.blogspot.com

Monday, July 6, 2009

Resepi rendang ayam

RENDANG AYAM KERISIK

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam (+/- 1 kg)-dipotong 16/ikut suka
1 keping asam gelugur
400 ml santan (dr 1 biji kelapa)
130 gm kerisik
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis ( disangai & tumbuk)
1 sudu teh jintan putih

2 helai daun limau purut
Gula,garam secukup rasa.

BAHAN KISAR :

12-15 tangkai cili kering
½ labu bawang besar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
1 batang serai

CARA MEMBUATNYA :

Jerang ayam dgn semua bahan kecuali kerisik dan rempak tumbuk.Masak di atas api perlahan hingga mendidih.Bila ayam masak,keluarkan.Bubuh kerisik,daun limau purut dan rempah tumbuk.Kacau sekali sekala.Kacau tanpa henti hingga kuah kering dan berwarna coklat tua.Masukkan ayam semula,kacau rata dan bolehlah diangkat.

Selamat mencuba.

Resepi asal oleh :Norzailina Nordin (Majalah Keluarga Oktober 2006)