Thursday, August 28, 2008

TIP BERPUASA DENGAN SI KECIL

Ramadan datang lagi!
Bagi anda yang mula berpuasa bersama sikecil anda pastinya lebih istimewa.Anda boleh ikuti tip di bawah ini untuk memastikan si kecil anda terus bersemangat sepanjang menunaikan ubadah puasa.

1. SAHUR
Puasa bukanlah suatu yg mudah utk kanak-kanak,lebih-lebih lagi kalau dia seorang yg aktif dan tidak betah duduk diam.Pastikan anak kita bersahur supaya dia tetap cergas dan bertenaga sepanjang hari.Jangan bersahur terlalu awal,ini utk mengelakkan anak kita berasa cepat lapar pada siang harinya.

2. MAKANAN SEIMBANG
Hidangkan makanan yang seimbang samaada semasa bersahur mahupun sewaktu berbuka.Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan ada dlm menu hidangan di samping ikan,daging atau ayam.

3. HIDANGAN BERSERAT
Pengambilan serat boleh menjauhkan anak daripada sembelit serta mengurangkan keasidan perut.Antara hidangan yg kaya serat adalah seperti kekacang,bayam dan buah-buahan kering.

4. BANYAK MINUM AIR
Air amat penting untuk tubuh sikecil.Kekurangan air boleh menyebabkan badan sikecil mengalami dehidrasi dan menyebabkan proses dalam tubuh terganggu.Selain itu, dia juga mungkin boleh pitam dan kurang tumpuan.Jadi utk mengelakkan perkara ini terjadi,berikan sikecil minum air yg banyak pada waktu malam dan waktu bersahur.

5.HINDARI KAFEIN
Kafein tidak sesuai diambil sewaktu bersahur.Kerana ia mengalakkan dehidrasi pada anak.Pengambilan yg berlebihan juga boleh membawa kepada masalah gastritis.

6.KURMA DAN JUS UNTUK BERBUKA
Merupakan hidangan yg sesuai ketika berbuka kerana ia kaya dengan glukos,vitamin dan mineral.Glukos merupakan gula ringkas yg boleh membekalkan tenaga segera kepada tubuh.Vitamin pula untuk menukarkan karbohidrat ringkas kepada sumber tenaga tubuh.

7.HIDANGAN BERSIH
Perut kanak-kanak sensitif berbanding orang dewasa.Jadi,pastikan makanan yg disediakan untuknya sama ada ketika berbuka mahupun bersahur adalah bersih.Juga elakkan makanan pedas untuknya.

8.LATIH SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Jika ini merupakan tahun pertama dia berpuasa,pastikan anda tidak terlalu memaksa dia untuk berpuasa.Latih sikecil anda berpuasa sedikit demi sedikit supaya dia dapat menyesuaikan diri atau lebih tepat perutnya.Mungkin ajar dia berpuasa separuh hari dahulu dan boleh dipanjangkan sedikt demi sedikit dan dari sehari kesehari.Tengok ketahanan sikecil anda,dan semangat sikecil anda juga.

Tuesday, August 26, 2008

Sulaman Reben

Kepada yang berminat nak belajar buat sulaman reben harap video ini dapat membantu.Selamat belajar dan teruskan usaha murni anda.

Tip Mudah Atasi Stres


Tip mudah ini mungkin dapat membantu anda menghilangkan rasa stres anda.
KETAWA - Tiada cara yg paling mudah dan berkesan selain drpd ketawa.ketawa merupakan terapi berkesan bagi mengurangkan kesan stres pada diri anda.Malah ketawa juga membuatkan hati anda lebih tenang dan lega.Bukan itu saja,melihat anda ketawa juga menyenangkan hati orang di sekeliling anda. Oleh itu,jgn malu utk ketawa atau sekurang-kurangnya senyum.
URUTAN SENDI - Kadangkala, bebanan kerja yg byk membuatkan otot-otot badan tegang. Menghadap komputer seharian juga blh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan sendi-sendi anda bermula pada titik-titik akupuntur, sekitar hidung dan di tepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.
BERJALAN - Tubuh badan yg stres membuatkan anda rasa keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang-kurangnya selama 10 minit jika anda rasa tubuh badan anda tidak bermaya. Dengan berjalan, anda dapat mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian tubuh badan ketika bekerja.
SEKS TERATUR - Bagi yg sudah berumah tangga, seks teratur juga amat membantu mengatasi ketegangan dan stres. Hubungan intim yg terutur bersama pasangan dapat meleraikan segala ketegangan dan mengembalikan mood anda keesokan harinya.
CIUMAN - Ciuman yg hangat membuatkan tubuh lebuh relaks,tenang,penuh dgn cinta dan kelembutan. Ia menimbulkan gelombang positif pd otak dan perubahan kimia yg lain pd tubuh badan. Manfaatnya lebih kurang sama seperti anda bermeditasi.
DOA - Ketika anda stres, kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yg berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yg lebih berkesan utk menghilangkan stres dan sekaligus dpt mendekatkn diri kpd Allah.

Sunday, August 10, 2008

Lagu Seroja versi Ust Akhi Hayy

Lagu untuk mat-mat rempit

Kepada mat-mat rempit dan remaja-remaja islam..ingatlah kalian bahawa malang itu tidak berbau..mungkn esok, mungkin lusa atau hari-hari seterusnya kalian akan menyenyembah bumi jua andai tiada keinsaffan dalam diri..renung-renungkan..

Pantun Aurat Ust Akhi- mesti tengok ni...

Khusus untuk wanita-wanita islam..ingatlah aurat itu wajib..maka renung-renungkanlah mesej yang tersirat dalam pantun ustaz Akhi ini..wassalam..moga kita mendapat petunjuk dan hidayah Allah taala..Amin

My home funniest video

Sebenarnya tak lucu,tapi berbahaya.Ada patut kakak buat tak tahu jer.kesian adik jatuh tergolek macam buah nangka,nasib tak cedera.