Thursday, August 28, 2008

TIP BERPUASA DENGAN SI KECIL

Ramadan datang lagi!
Bagi anda yang mula berpuasa bersama sikecil anda pastinya lebih istimewa.Anda boleh ikuti tip di bawah ini untuk memastikan si kecil anda terus bersemangat sepanjang menunaikan ubadah puasa.

1. SAHUR
Puasa bukanlah suatu yg mudah utk kanak-kanak,lebih-lebih lagi kalau dia seorang yg aktif dan tidak betah duduk diam.Pastikan anak kita bersahur supaya dia tetap cergas dan bertenaga sepanjang hari.Jangan bersahur terlalu awal,ini utk mengelakkan anak kita berasa cepat lapar pada siang harinya.

2. MAKANAN SEIMBANG
Hidangkan makanan yang seimbang samaada semasa bersahur mahupun sewaktu berbuka.Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan ada dlm menu hidangan di samping ikan,daging atau ayam.

3. HIDANGAN BERSERAT
Pengambilan serat boleh menjauhkan anak daripada sembelit serta mengurangkan keasidan perut.Antara hidangan yg kaya serat adalah seperti kekacang,bayam dan buah-buahan kering.

4. BANYAK MINUM AIR
Air amat penting untuk tubuh sikecil.Kekurangan air boleh menyebabkan badan sikecil mengalami dehidrasi dan menyebabkan proses dalam tubuh terganggu.Selain itu, dia juga mungkin boleh pitam dan kurang tumpuan.Jadi utk mengelakkan perkara ini terjadi,berikan sikecil minum air yg banyak pada waktu malam dan waktu bersahur.

5.HINDARI KAFEIN
Kafein tidak sesuai diambil sewaktu bersahur.Kerana ia mengalakkan dehidrasi pada anak.Pengambilan yg berlebihan juga boleh membawa kepada masalah gastritis.

6.KURMA DAN JUS UNTUK BERBUKA
Merupakan hidangan yg sesuai ketika berbuka kerana ia kaya dengan glukos,vitamin dan mineral.Glukos merupakan gula ringkas yg boleh membekalkan tenaga segera kepada tubuh.Vitamin pula untuk menukarkan karbohidrat ringkas kepada sumber tenaga tubuh.

7.HIDANGAN BERSIH
Perut kanak-kanak sensitif berbanding orang dewasa.Jadi,pastikan makanan yg disediakan untuknya sama ada ketika berbuka mahupun bersahur adalah bersih.Juga elakkan makanan pedas untuknya.

8.LATIH SEDIKIT DEMI SEDIKIT
Jika ini merupakan tahun pertama dia berpuasa,pastikan anda tidak terlalu memaksa dia untuk berpuasa.Latih sikecil anda berpuasa sedikit demi sedikit supaya dia dapat menyesuaikan diri atau lebih tepat perutnya.Mungkin ajar dia berpuasa separuh hari dahulu dan boleh dipanjangkan sedikt demi sedikit dan dari sehari kesehari.Tengok ketahanan sikecil anda,dan semangat sikecil anda juga.

No comments: