Tuesday, August 26, 2008

Tip Mudah Atasi Stres


Tip mudah ini mungkin dapat membantu anda menghilangkan rasa stres anda.
KETAWA - Tiada cara yg paling mudah dan berkesan selain drpd ketawa.ketawa merupakan terapi berkesan bagi mengurangkan kesan stres pada diri anda.Malah ketawa juga membuatkan hati anda lebih tenang dan lega.Bukan itu saja,melihat anda ketawa juga menyenangkan hati orang di sekeliling anda. Oleh itu,jgn malu utk ketawa atau sekurang-kurangnya senyum.
URUTAN SENDI - Kadangkala, bebanan kerja yg byk membuatkan otot-otot badan tegang. Menghadap komputer seharian juga blh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan sendi-sendi anda bermula pada titik-titik akupuntur, sekitar hidung dan di tepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.
BERJALAN - Tubuh badan yg stres membuatkan anda rasa keletihan dan tidak bermaya. Cuba berjalan sekurang-kurangnya selama 10 minit jika anda rasa tubuh badan anda tidak bermaya. Dengan berjalan, anda dapat mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian tubuh badan ketika bekerja.
SEKS TERATUR - Bagi yg sudah berumah tangga, seks teratur juga amat membantu mengatasi ketegangan dan stres. Hubungan intim yg terutur bersama pasangan dapat meleraikan segala ketegangan dan mengembalikan mood anda keesokan harinya.
CIUMAN - Ciuman yg hangat membuatkan tubuh lebuh relaks,tenang,penuh dgn cinta dan kelembutan. Ia menimbulkan gelombang positif pd otak dan perubahan kimia yg lain pd tubuh badan. Manfaatnya lebih kurang sama seperti anda bermeditasi.
DOA - Ketika anda stres, kelenjar adrenalin tubuh anda mengeluarkan bahan kimia yg berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yg lebih berkesan utk menghilangkan stres dan sekaligus dpt mendekatkn diri kpd Allah.

2 comments:

nalieza said...

salam,zai

saya suka dengan tips yang ditulis kan ini jarang sekali kita jumpa dimana2 blog.pertamakali saya lihat dalam blog ini adalah tips ini.

gembira rasanya saya ingin menjemput zai ke ruangan saya demi mengeratkan lagi tali persaudaraan.

thank

zai said...

nalieza,thanks sebab sudi singgah,saya dah ke ruangan nelieza,menarik juga.Harap tambah lagi byk info supaya pembaca blh berkongsi manfaatnya bersama.