Friday, January 23, 2009

Resepi Kek



Kek Gula Hangus


BAHAN GULA HANGUS :

1 cwn gula

1 cwn air panas

2 sd besar mentega


CARA:
Masak gula dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas.Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletup- letup. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.


BAHAN UTK KEK :

4 biji telur


1 cwn susu pekat


1 cwn tepung gandum


2 sd kecil soda bikarbonat


1 sd kecil esen vanila



CARA:
1.Pukul telur sehingga betul2 kembang & pekat.
2. Masukkan susu pekat dab kacau sebati.
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
6. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam didalam kontena bertutup untuk mendapatkan sarang yang cantik.
7. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160c api bawah sahaja dan bakar lagi selama 10 minit dgn api atas & bawah.



No comments: