Monday, February 2, 2009

KELEBIHAN TEKNIK BAIN-MARIE

Menggunakkan teknik bain-marie atau juga dikenali dgn double boiler antara teknik yg sering digunakan semasa melakukan proses memasak makanan.Biarpun teknik baine-marie kedengaran agak asing,namun proses ini sebenarnya telah ramai antara kita yg menggunakannya tanpa mengetahui nama khusus utk teknik tersebut.

Baine-marie adalah gabungan penggunaan alatan memasak.Iaitu menggunakan bekas yg berisi makanan diletakkan ked lm bekas lain yg berisi air.Kaedah ini akan memastikan makanan tersebut dikawal oleh kepanasan air.Dlm erti kata lain,makanan tersebut tidak terkena kepanasan api secara langsung.

Kaedah ini biasa digunakan utk mencairkan coklat masakan utk dijadikan salutan biskut almond London juga utk hias kek.

Namun,kaedah ini juga digunakan semasa membakar makanan didlm oven ataupun utk memanaskan sahaja.

Jika nak menggunakan kaedah ini,caranya senang saja,Cuma masukkan makanan atau bahan yg nak dipanaskan ked lm bekas seperti mangkuk,periuk dan sebagainya ked lm bekas yg berisi air.Kemudian masaklah makanan tersebut.

Kaedah banie-marie ini juga digunakan utk memasak,terutamanya utk juadah yg lembut atau berasaskan telur seperi kek keju,kastard,caramel dan lain-lain.


TIPS MENCAIRKAN COKLAT MASAKAN GUNA KAEDAH BAINE-MARIE.

1.Coklat masakan hendaklah dihiris nipis-nipis.

2.Didihkan air di dalam bekas dan kemudian perlahankan api.

3.Letakkan bekas berisi coklat ke dalam air yang mendidih tadi.

4.Kemudian biarkan coklat mencair.

5.kacau untuk memastikan coklat cair secara sekata.


No comments: