Sunday, July 20, 2008

BERSIKAP POSITIF APABILA DIUJI


APABILA diuji,kita barangkali kita akan ditimpa dua situasi;sama ada tambah bersemangat atau terus jatuh semangat. Syabas kepada yang mengambil kritikan secara positif.Dengan kata lain,kita berfikiran positif. Ini adalah sesuatu yang sangat digalakkan dalam Islam.


Rasulullah sendiri amat menyayangi umatnya yang berfikiran positif kerana itu merupakan ciri-ciri mukmin sejati.Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu disekelilingnya.Apabila seorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji Allah dan bersyukur kepada Allah.Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dan ini pun baik untuknya. Seseorang mukmin akan tetap diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya." (Riwayat Ahmad & abu Daud)


Perkara baik dan buruk yang menimpa manusia adalah suatu yang lumrah.Ini kerana perjalanan manusia di muka bumi ini tidaklah tetap dan sentiasa pula berubah. Namun bagi yang mengaku dirinya beriman, semua itu bukanlah sesuatu yang harus dikesali.


Allah berfirman yang bermaksud, "Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar, iaitu orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka akan berkata, "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali." Mereka ini adalah orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya. (Surah al-baqarah:155-157)

No comments: