Saturday, July 19, 2008

FIKIR DAN RENUNGKAN

MUDAHNYA BERFIKIR NEGATIF



Sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan dan membahayakan diri.



Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:"Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkardengan 200 ular berbisa selama satu minggu.



"Selalunya apa yang kita fikirkan?



Sering kali negatif:


1) Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol... baru dia tau(dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)


2) Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!


3) Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!





Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalubanyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.




Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif.



Mungkin anda fikir:


1) Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu si polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!


2) Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book ofWorld Records! Mari kita beri sokongan!


3) Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku punboleh juga! Ini satu inspirasi!





Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?Latihkan diri anda untuk berfikir positif setiap masa. Ia akan memberi semangat dan motivasi yang hebat kepada diri anda sendiri.Menurut buku "Secrets of Millionaire's Mind", pemikiran positif adalah amat penting dalam mencapai kejayaan. Ia akan membuka lebih banyak pintu rezeki dan membolehkan kita melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita.



@kata-kata dipetik drpd Khairi Lawati:http://www.irfankhairi.com/

No comments: