Wednesday, February 25, 2009

Jom makan Donut

Hai...ni saya nak jemput semua pengunjung blog saya makan donat yg gebus kat bawah ni...sebelum tu kena la buat dulu baru boleh makan....ha ha ha...peace no war...





RESEPI DONAT SENANG BUAT :
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (mauripan)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.Kalau uli lama lagi bagus,dalam 15 - 20 minit,pakai tangan la,kalau pakai mesin ikut je mesin punye timing.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong dengan donut cutter. Bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 15 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.

Tips : (Kalau donut byk sgt,rasa2 tak habis nak dimakan sekaligus)

1. Goreng donat sekadar untuk keperluan sahaja. Jika lima orang makan, goreng 15 biji sahaja.
Ini untuk mengelakkan pembaziran dan donat yang lebih akan menjadi keras
.
2. Donat boleh disimpan dalam peti sejuk atau difrozenkan. Caranya goreng donat hingga ia kembang tetapi masih putih. Proses ini untuk mematikan yisnya. Angkat dan toskan. Sejukkan dan susun dalam bekas plastik. Jika hendak dimakan esok, simpan di tempat chiller saja.Jika mahu disimpan lama, simpan dalam peti dinginbeku (frozen).

3. Apabila hendak digoreng, keluarkan donat 1 jam sebelumnya.Gorenglah seperti biasa hingga kekuningan.


No comments: